bahaya Kencing manis, diabetis ,bahaya insulin resistence, gula dalam darah

18:39 Nyulhud 0 Comments

Hai assalamualaikum, bertemu lagi, ok kali ni kaknyul nak jelas kan pada korang semua mengenai insulin resestance, dan bahayanya.


SIAPA ADA MENGALAMI MASALAH SEPERTI BERIKUT ??

Ramai jugakan alami macam ni, kaknyul pun sama sebelum ni.. lepas makan terus rasa nak tidur, wahhh bahaya sangat ni.. selalu nya lepas minum manis manis, Lepas  minum badan rasa macam pening.

Ya Allah apa aku dah buat dengan badan aku ni. Pasti korang semua tertanya macam ni jugakkan?? tu yang jumpa posting kaknyul ni.

Sebelum kaknyul cerita tentang BAHAYA INSULIN RESISTANCE.  kak nyul akan ceritakan bagaimana insulin bertindak dalam badan kita.

Bila kita makan, makanan tu akan berubah menjadi glukos, dan masuk dalam sel darah
Untuk glukos ni ditukar menjadi tenaga, glukos ni kena masuk dalam sel badan, dan insulin diperlukan utk membawa glukos ke sel badan
Contoh dia macam ni:

🏠 Rumah (sel badan)
🔑 Kunci (insulin)
👨🏻 Tetamu (glukos)
Kalau tetamu (glukos) nak masuk dalam rumah (sel badan), kunci (insulin) diperlukan untuk buka pintu

Tapi kalau insulin tak peka dengan glukos, ataupun ada benda yg mengahalang utk insulin ‘buka’ pintu, glukos semua ni tak boleh masuk dalam sel badan.

Kesensitiviti insulin ni yg akan jadi benda penting utk make sure glukos masuk dalam sel badan.

Kita makan > makan tukar jd glukos > glukos masuk dalam darah

Bila dlm darah > glukos perlukan insulin > utk masuk dalam sel badan > convert jd energy

Kalau insulin tak peka / ada yg mengahalang insulin, glukos tak boleh masuk dalam sel badan

 Haa biasa kite dengar org kencing manis kan cucuk2 insulin ni kan
 Insulin memang semula jadi dalam badan kita.

 Biasa org kencing manis pankreas die rosak, jadi die tak boleh nak hasilkan insulin. Jadi tu yang die kena cucuk insulin untuk stabil paras gula dalam darah.
 Bahaya ke tak normal insulin dalam badan?
 Jawapannya BAHAYA.

 Boleh bawa kepada koma dan kematian
 Jadi tugas utama insulin ialah yang normalkan paras gula dalam sel kita.

Besarkan tugas INSULIN kan?

Ni ibarat nya insulin ni yang akan kunci untuk glukos masuk dalam sel darah, tapi bila insulin resistance berlaku, insulin dah tak peka untuk masukkan glukos dalam sel, jadi pankreas kena hasilkan lebih insulin untuk pastikan glukos dapat masuk dengan cukup dalam sel darah kita.

ok kembali kepada topik utama insulin resistance?

Apabila anda mengambil makanan yang mengandungi gula atau karbohidrat spt nasi, roti, kuih muih, pasta, buah-buahan, semua akan dicernakan dan dipecahkan menjadi glukosa dalam darah

Paras glukos dalam darah yang tinggi akan merangsang sel sel pankreas untuk merembeskan insulin untuk menurunkan paras gula.

Glukos dalam darah perlukan 4-5 liter atau satu sudu teh shj, jika lebih kita akan boleh hyperglycemiccoma dan boleh menyebabkan kematian.

Jadi bila kita minum dan makan benda manis, insulin terpaksa dirembeskan lebih banyak untuk mengawal paras gula dalam darah.

Jika paras insulin sentiasa tinggi ia akan menjadi kurang peka, menyebabkan pankreas terpaksa merembeskan insulin berkali ganda untuk mengawal paras gula dalam darah.

 Bayangkan sel darah kita perlukan SATU SUDU TEH sahaja glukos

Analoginya ibarat insulin  apabila kita makan dirembeskan, menukarkan makanan kepada tenaga ke dalam sel. so apabila terlalu banyak makan makanan manis atau karbohidrat tinggi gula menyebab kan insulin kite tidak akan peka untuk bekerja dengan baik dan betul.

 Cara insulin bertindak ia perlu melekat pada reseptor di sel, sebelum mampu memberi signal untuk tindak balas. Apabila insulin melekat pada reseptor, ia akan bagi signal untuk membuka pintu glokus.
 Proses metabolisma di dalam sel akan menukar gula kpd tenaga

 Tenaga inilah yang badan kita perlukan utk terus bernafas, jantung berdegup dan melakukan kerja harian.

 Jadi dalam keadaan insulin resistance, bertahun, bertahun-tahun corak pemakanan kita menyebabkan reseptor insulin mula mogok, letih dan malas menerima signal dri insulin lagi

 Pintu tidak terbuka dengan sempurna lagi, kesannya gula tidak dapat masuk dalam sel dan paras gula di luar sel (dalam darah) akan meningkat.

 Jika pintu terbuka pun die buka sikit je, sbg contoh jika sebelum ni pintu insulin boleh masuk 2 molekul tapi sebab insulin resistance hanya satu molekul shj boleh masuk.

 Anda terpaksa memerlukan kan lebih banyak insulin utk membolehkan lebih banyak pintu terbuka
 Ini akan menyebabkan pankreas terpaksa merembeskan lebih banyak lagi insulin dan paras insulin dalam darah akan terus mencanak tinggi.

 Disebabkan gula tidak dapat masuk dalam sel, paras gula dalam sel akan berkurangan, jadi tenaga yang dihasilkan sedikit.

Kesan drpd keadaan ini ialah kita akan mudah rasa letih dan tidak bertenaga walaupun selepas makan, sebab gula tersebut tidak dapat masuk dalam sel, dan tidak dapat ditukarkan kpd tenaga.

 Jadi kita akan cepat rasa lapar walaupun baru shj lepas makan.
Kita cenderung nak makanan manis/craving sebab memerlukan tenaga segera.

 Seterusnya pankreas akan merembeskan lebih banyak insulin, paras insulin jadi tinggi, bila kita cepat lapar dan lebih banyak ambil makanan dan minuman manis, ia akan menjadikan satu kitaran yang bahaya.

 Insulin ni sejenis hormon tau
 Kategori anabolik atau hormon penyimpanan

 Ok ni cerita yang lebih seram berlaku
 Insulin yang akan simpan glukos yang tak digunakan di dalam salur darah kita, yang seramnya die bukan simpan glukos sahaja, die akan simpan asid lemak dan asid amino juga.

 Jika berlaku insulin resistance akan menyebabkan asid lemak dan asid amino juga tidak dapat masuk dalam sel. Dan ia akan terkumpul di luar sel darah.

 Kesannya bila asid lemak berkumpul boleh menyebabkan paras kolestrol meningkat. Yang lebih bahaya
 Inflamasi drpd glukos dan insulin yang tinggi akan menyebabkan LDL berubah menjadi lebih bahaya. Boleh berlaku salur darah tersumbat.

 Tu yang datang penyakit
Darah tinggi
Sakit jantung
Stroke
Kanser
Dll..

 Dan daripada insulin resistance nilah kita boleh jadi OBESITI Dan susah untuk kurus bila kita tak atasi insulin resistance ini.




 Ni latest ye MALAYSIA ranking no 1 OBESITI.
 Puncanya INSULIN RESISTANCE ia akan menyimpan lemak juga.

 Jadi bila semakin banyak kita makan manis dan makan nasi, semakin banyaklah lemak kita di simpan juga. Obesiti berlaku apabila paras insulin yang tinggi.

Ia akan menyimpan lemak sekali, insulin akan menyekat tindakbalas 2 hormon yang penting untuk meningkatkan kepadatan otot dan meningkatkan metabolisma untuk pembakaran lemak iaitu hormon glukagon dan hormon human growth.

 Jadi insulin yang tinggi lah yang menyebabkan kita GEMUK atau LEMAK TERKUMPUL
 Kesannya lebih banyak lemak terkedap dan tiada pembakaran lemak akan diaktifkan ini di panggil insulin TRAP.

 Jahat kan insulin resistance??

Diagram perangkap insulin yang sepatutnye die fungsi untuk tukar makanan jadi glukos tapi die jadi perangkap pula.

 Jadi nya kunci utama untuk bakar lemak atau nak kurus ialah dengan menurunkan paras insulin.
 Apabila insulin lebih rendah dan sensitivity sel lebih baik, berat badan kita akan mula turun dan lemak akan mudah dibakar.
 Mesti korang tertanya-tanyakan macam mana nak hapuskan insulin resistance ni kan?
Atau nak rendahkan die dalam badan kita.

 Sebab selagi kita tak turunkan paras insulin ni kita makan supplement pun tak berkesan
 Sebelum tu jom kita cek, kita ada tak tanda-tanda insulin resistance


10 tanda kita mengalami insulin resistance, jika banyak YA, Renung-renungkan. 🤔

 Selain tu tanda lain kita tumbuh kutil dan kulit menjadi gelap di bahagian tengkuk, ketiak dan kelengkang Selain tu kita boleh cek drpd ujian darah, cek paras gula dalam darah.

Risiko penyakit berpunca daripada insulin resistance.
 Ini lebih bahaya kesan insulin resistance risiko kena kanser tinggi.
Nauzubillah.

 Macam mana nak rendahkan paras insulin kita? Sedangkan kita makan non stop, pagi, minum pagi, lunch, minum ptg, dinner, kudapan mlam.
 Non stop makan.

 Pagi roti canai, minum pagi mee goreng, lunch nasi satu pinggan, minum petang kuih, dinner nasi lagi, kudapan mlm biskut cicah air milo
 Kita orang Malaysia memang mewah dengan makan.

Cara yang paling berkesan untuk turun kan paras insulin dalam badan ialah PUASA

 Jadi ada hikmah Allah wajibkan umat islam puasa
 Selama sebulan, DAN JUGA GANJARAN PUASA SUNAT ISNIN KHAMIS.

 Sebab Allah sayang pada kita
 Allah nak bagi pankreas kita rehat
 Dan ade yang lebih besar lagi hikmah PUASA ni.

 Waktu kita puasa membantu sel membaik pulih.
Dan terbukti dengan puasa membantu menurunkan paras insulin glukos, kolestrol dan biomaker inflamasi dalam darah.

 Sekaligus mencegah drpd penyakit kronik
 Tapi kalau kita puasa tapi kita tak jaga makan tak jadi juga.
 Ini yang saya gabungkan dengan set wellness Shaklee.

Sebab jika kita nak turun berat badan dan insulin dalam badan kita kena pilih makanan yang memberi impak paling rendah terhadap paras gula dan insulin




 Elakkan karbohidrat ringkas kerana ia telah terproses lebih awal, badan perlu banyak tenaga utk proses pencernaan dan penyerapan makanan tersebut, kesannya paras glukos dalam darah meningkat secara mendadak
 Sistem pencernaan, penyerapan dan metabolisma kita akan jadi malas kerana tidak perlu bekerja untuk memecahkan makanan tersebut

 Dalam masa yang sama lebih banyak insulin akan dirembeskan
 Jadi dekat sini 2 musuh utama kita ialah
GULA DAN KARBOHIDRAT RINGKAS

Kehebatan puasa
1) Puasa membantu untuk detoks.


Proses detoks berlaku, jadi bila kita puasa lagi mudahkan badan kita nak detoks.

Ini akan membantu sel sel badan untuk berfungsi lebih optima, perjalanan darah lebih lancar, mengurangkan inflamasi.

2) Menurunkan paras gula dalam darah dan baiki fungsi insulin

 Menukarkan badan kita menjadi pembakaran lemak yang lebih effective
 Bila kita puasa badan akan guna glikogen(glukos yang tersimpan di hati dan otot) dan seterusnya lemak sebagai sumber tenaga utama
 
Meningkatkan metabolisma
 Puasa akan meningkat metabolisma kerana apabila paras insulin menurun hormon pertumbuhan akan dirembeskan dgn lebih banyak, hormon ini akan membantu meningkatkan kepadatan otot, menguatkan tulang, meningkatkan pembakaran lemak, meningkatkan tenaga dan bantu tidur lebih lena.

5) Puasa boleh mengawal rasa lapar

Mengawal nafsu makan


6) Puasa mengurangkan inflamasi dan risiko penyakit kronik



7) Puasa memperbaiki fungsi otak dan meningkatkan daya ingatan

8) Puasa baiki usus


9) Puasa untuk memperbaiki sistem immune




10) Puasa sebagai rawatan anti stress

11) Puasa untuk mencantikkan kulit

12) Puasa boleh panjangkan usia, bergabung dengan vivix kesan yang lagi superb.


 Lastly paling menarik
 Kehebatan puasa

13) Mengaktifkan proses autoph

 Jadi nak dapat kesan optimum
Puasa
Makan supplement
Healthy food
Exercise

OK jom kite tengok bagai mana supplemnt shaKLEE DAPAT MEMBANTU UNTUK mencanntikkan gula dalam darah.


























You Might Also Like

0 comments: