set hamil, supplement untuk hamil semasa hamil

18:50 Nyulhud 0 Comments

INFO PENTING UNTUK IBU HAMIL, MENGANDUNG,

Bismillahirrohmanirrohhim.

Hai lama kaknyul tak muncul kan, besawang da blog pun, semalam my mentor,leader merangkap upline on class NUTRITION untuk ibu hamil.

SO disini kaknyul nak share ilmu penting ini sebab sangat bermanfaat bukan sekadar untuk orang yang tengah hamil,tapi boleh tolong sugestkan pada orang tersayang kawan2 mahupun keluarga lagi lagi di sekeliling kita yang sedang hamil, JOM sama sama kita selami ilmu tentang set hamil shakle, bagaimana supplement membantu untuk ibu dan anak di dalam kandungan. PENTING ye.


Sepanjang proses kehamilan, akan tempuh 3trimester yang di lalui ibu-ibu hamil. Boleh tengok gambar dibawah ini.


TRIMESTER 1 > 1-3 BULAN
TRIMESTER 2 > 3-6 BULAN
TRIMESTER 3 > 6-9 BULAN

Ada 5 supplement penting org pregnant kena amik

Apa dia?



Esp ✅
Vit c ✅
Vitalea ✅
Ostenutrix ✅
Bcomplex✅


1. Yang paling penting BCOMPLEX


Korang pernah tak dengar pasal spina bifida? anencephaly? 


Tahu tak punca-punca benda ni jadi? Ibu-ibu hamil mesti aware dengan dua terms ni..

SPINA BIFIDA ni merupakan kecacatan tiub saraf yang paling kerap berlaku iaitu 1-2 kes dalam 1000 kelahiran di dunia.. 




Spina bifida berlaku sewaktu bayi masih dalam kandungan lagi.  

Ianya berlaku bila saraf tunjang tak tertutup sepenuhnya semasa tumbesaran bayi dalam kandungan. 

So bila tempat yang terbuka tu terlalu besar maka akan menyebabkan sebahagian daripada saraf tunjang bayi terkeluar dari lubang tersebut..

Antara akibat spina bifida ni ialah sukar kawal pundi kencing (poor bladder control), ada masalah penghadaman, lumpuh separuh badan /sepenuhnya & lain-lain..




ANENCEPHALY pula ialah bayi dilahirkan dengan pembentukan otak & tempurung kepala yang tak sempurna atau langsung tak terbentuk.  Benda ni betul-betul ada terjadi tau 

korang boleh google mengenai anencephaly ni..

korang pon mesti tak sanggup nak tengok benda ni jadi pada bayi-bayi kat dunia ni..

Benda ni jadi akibat daripada KESAN KEKURANGAN ASID FOLIK PADA KANDUNGAN..

ASID FOLIK ni vitamin B9.. semua wanita yang berumur 14-44 tahun perlukan asid folik terutama bagi wanita yang ingin merancang kehamilan..

juga bagi ibu-ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang..

Asid folik perlu di ambil 400mg setiap hari, sepatutnya seawal 
3-6 bulan sebelum merancang untuk hamil 

atau seawal kehamilan kerana 12 minggu pertama merupakan waktu paling cepat untuk perkembangan otak & sistem saraf bayi dalam rahim

asid folik penting untuk pembentukan saraf tunjang bayi yang sempurna pada awal kehamilan.. 

Asid folik juga boleh kurangkan risiko keguguran..

Atau kes kes bayi lahir tapi takde nyawa ataupun  bayi pra-matang..

So amik ilmu ni, fahamkan betul2

kami pengedar SHAKLEE BERtanggungjawab untuk sebarkan kesedaran pada ibu2 yang nak pregnant atau pregnant dlm malaysia ni.

betapa pentingnya asid folik ni..

lebih penting lagi bagi ibu-ibu yang sedang hamil..setiap apa yang kita makan memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan..

Pengambilan vitamin ataupun makanan tambahan ni sebagai salah satu cara kita berusaha untuk memberi yang terbaik pada anak dalam kandungan..

Prevention is better than cure..mencegah itu lebih baik dari mengubati.. kan :)


2. OSTENUTRIX- Kalsium Magnasium

Waktu start penempelan berlaku je

Dah start kalsium byk di gunakan di otot rahim. Then baby start nak membesar, 
Nak membentuk tulang

Mmg tarik banyak kalsium dari si ibu. So waktu ni bila si ibh kurang kalsium apa jadi?

Tarik mengkarung! Fuh sakit oooo. Ada orang panggil simpul biawak. Cramp dekat bahagian betis. Tu lah antara kalsium tidak cukup

Dah dapat tanda tu

Up dose lah ostenutrix ni.

Kalau boleh jgn sampai ter kena la

Baru best

Kita pun puas hati like (cukup keperluan kalsium utk badan aku). Tu baru utk sang emak

Untuk baby pun penting kalsium.Waktu ni lah fetal organ nak membentuk

nervous system, tulang , muscles. Fetus (baby) memang rely pada kalsium untuk membesar. Biar lah kita jadi sangat generous pada baby dekat dalam ya,

Bagi kalsium banyak2.


Orang pregnant perlu ambil kalsium sehari 1200mg minimum

1300mg lebih baik. 

Soalan :

1 tablet ostenutrix shaklee ada 250mg kalsium

Berapa biji oste kah wanita hamil
Patut ambil setiap hari?

Jawapannya adalah: 5-6 bijik ye..
Bole buat 2x ambil. Sbb sekali ambil dia stay dlm system utk system kita absorb for 4hours.

Bagusnya pengambilan ostenutrix ni bantu atasi masalah sembelit dan juga sukar tidur(insomnia). Ingat pengambilan selepas bersalin juga sangat penting ambil ostenutrix.



 3. VITAMIN C DAN VITALEA

bila makan zat besi, mesti atleast ada gandingan sama
vitamin c. 

Sebab banyak terjadi, preggy mommy ambil zat besi tapi tak ambil vitamin c, 

sudahnya zat besi tu tak di serap dengan baik. HB (hemoglobin) tetap rendah, badan jadi lemah ☹ 
 Kaknyul ada dpt customer yang masalahnya adalah Low HB, nak vitalea sahaja, memang saya suggest amik jugak vitamin c. 

Sebab apa, tak lain tak bukan. 

kaknyul nak customer betul betul dapat solutions TERBAIK untuk masalah yang di hadapi.

Kehadiran vitamin c semasa pengambilan multivitamin akan membantu penyerapan zat besi dlm multivitamin tu. Orang pregnant biasa sangat kita dengar masalah HB low ni.


4.ESP, Energyzing Soy Protein

ESP ni sangat bagus untuk kuatkan rahim dan kurangkan risiko keguguran. Protein ESP ni

Memang bantu muscle tissue muscle growth.

Dulu masa upline kaknyul pregnant 

ESP kuatkan otot rahim sampai masa scan doc ingat upline kaknyul bekas atlet! 😂katanya Doc scan n cakap Fuh dahsyadnya otot rahim awak, Masa tu doc ingat sebelum atlet.

Mmg awesome la ESP shaklee ni  . Bila dia kuatkan otot rahim Inshallah kuat dia tolong “pegangkan” baby kat dalam rahim.

Perasan tak…. Yang sebenarnya ramai orang salah faham tentang soya? 

Soya ni adalah sejenis kacang yang mempunyai protein yang tinggi dan kandungan protein dalam soya sama seperti kita makan ikan! 😱

Ada macam macam mitos pasal soya ni, aih rugi la kalau percaya membuta tuli tanpa buat sebarang pencarian & pembacaan.. 

Tahu tak

Dalam kacang soya  ada lemak yang baik + serat jugak! 

Bagus sangat sangat .

Serius guys kalau baca dan kaji betul2 info pasal soya memang

Kandungan nutrisi kacang soya sama macam ayam, daging dan kambing cuma ketiga-tiga jenis makanan / haiwn ni ada sekali  lemak tepu dan kolestrol


Soya bagus je . Cuma pastikan soya tu bukan GMO . Shaklee punya ESP adalah dari non gmo punya soya. Jgn takut dengan kacang soya. When it comes to soy, don’t blame the bean, blame the processing.

Esp kalau amik masa mengandung Kulit anak pun cantik. Kulit mommy pun cantik . Dan elak juga ada stretch mark kat perut. 

Ok, habis set hamil untuk trimester 1.

bila masuk je trimester kedua dan ke tiga dah boleh add on Omega guard.


5.OMEGA GUARD

Ia adalah untuk perkembangan otak bayi.

semasa trimester kedua, lebih banyak sambungan saraf tisu otak terbentuk. Semasa trimester ketiga pula, korteks selebral mula mengambil alih daripada batang otak, menyediakan bayi anda untuk pembelajaran masa depan.

So boleh focus kepada pembetukan sel otak dan perkembangan otak  bayi yan g sihat yang mana ia berlmula sejak trimester kedua. sekarang dah faham kenapa omega guard diambil sejak trimesterkedua bukan dari trimester pertama kan?.

kaknyul ucapkan tahniah kepada bakal bakal ibu yang sedang hamil dan bakal bersalin tak lama lagi, dan juga yang sedang mencari cari supplemen apa yang diperlukan untuk ibu ibu hamil. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu memberi kefahaman kepada anda semua yang ingin tahu SET HAMIL SHAKLEE boleh membantu anda sepanjang proses kehamilan hingga bersalin nanti.

Jika ingin dapat kan supplemen SET HAMIL SHAKLEE boleh hubungi kaknyul call/ wassap
019-2711316 your TRUSTED SID SHAKLEE.
NURULHUDA  ID NO -1195681-
JAZAKILLAHHU KHOIR




















You Might Also Like

0 comments: